Wartawan sampaikan khutbah Jumaat esok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

IPOH:  Pengamal media diberikan penghormatan membaca Khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri Perak esok sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Ipoh, di sini pada 27 dan 28 Mei ini sebagai mengiktiraf peranan penting wartawan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan  Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan agar Khutbah Jumaat di negeri Perak pada esok bertemakan “Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.”

“Jabatan Penyiaran Negeri Perak serta Persatuan Pengamal Media Perak telah mengemukakan tiga nama pengamal media kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak untuk mendapat tauliah membaca khutbah di tiga masjid di negeri Perak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Pengarang Berita (Rencana & Agama) BH, Nazmi Yaakub diperkenankan tauliah untuk membaca Khutbah Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.

Dua lagi pengamal media yang diberikan perkenan tauliah ialah Saifullah Ahmad dari Sinar Harian yang ditugaskan menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh manakala Mohd Fahmi Mohd Nor dari RTM bakal menyampaikan khutbah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.

HAWANA, atau Hari Wartawan Nasional 2023, ialah Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia. 

HAWANA bertujuan untuk meraikan sumbangan wartawan kepada masyarakat Malaysia. HAWANA pertama disambut pada tahun 2018, dan ia telah diadakan setiap tahun sejak itu.

HAWANA 2023 akan menampilkan pelbagai acara, termasuk ucaptama oleh Perdana Menteri, perbincangan panel mengenai etika media, dan bengkel kewartawanan digital. Terdapat juga karnival, dan beberapa acara di mana wartawan boleh berinteraksi dengan orang ramai dan belajar tentang teknologi media baharu.

HAWANA 2023 akan menampilkan pelbagai acara, termasuk ucaptama oleh Perdana Menteri, perbincangan panel mengenai etika media, dan bengkel kewartawanan digital. Terdapat juga karnival, dan beberapa acara di mana wartawan boleh berinteraksi dengan orang ramai dan belajar tentang teknologi media baharu

Berkaitan