Warga emas yang hilang di Nanga Entabai sejak lima hari lalu ditemui lemas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BINTANGOR: Selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mayat seorang warga emas yang hilang selepas menghadiri Majlis Pragawai di Nanga Entabai di sini berjaya ditemui pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, mayat mangsa telah dijumpai pada jam 7.30 pagi tadi, dan telah dibawa keluar dari satu lokasi yang dinamakan Lubuk Juge.

“Mayat mangsa Anjan Nyua, 66 tahun kemudian telah diserahkan kepada pihak polis sekitar jam 11.35 pagi,” katanya lagi.

Pihak Bomba dan Penyelamat sebelum itu menerima laporan kejadian pada jam 1.19 petang Rabu lalu, setelah mangsa yang berasal dari Rumah Anding, Nanga Jemak gagal pulang ke rumah setelah menghadiri majlis pragawai di sekolah berdekatan.

Ahli keluarga dan penduduk kampung pada malam kejadian segera menjalankan gerakan menjejak mangsa, namun hanya menemui perahunya yang hanyut.

Setelah itu, operasi diteruskan oleh pihak SAR, yang turut mengatur gerak pasukan penyelam. –Sarawakvoice

Berkaitan