Warga emas melecur, dua rumah, satu stor dan kilang papan dijilat api di Beladin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BETONG: Seorang warga emas melecur di bahagian tangan dan kaki ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumahnya musnah dijilat api di Kampung Tengah Beladin, awal pagi tadi.

Mangsa bagaimanapun segera diselamatkan oleh penduduk kampung, sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.10 pagi tadi dan sebuah jentera FRT, ambulans EMRS, pacuan empat roda Toyota Hilux serta sebuah van Urvan segera diatur gerak kr lokasi bersama-sama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong.

“Setibanya pasukan penyelamat ke lokasi, Komander Operasi, Vincent Baling Yabi melaporkan empat buah premis telah terbakar.

“Dua premis kediaman termasuk rumah kedai dua tingkat serta sebuah stor penyimpanan minyak telah musnah seratus-peratus.

“Manakala sebahagian daripada sebuah bangunan kilang papan sedang terbakar dan tindakan pemadaman segera dilakukan.

Kata Ling Hii, api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 7.44 pagi tadi.

“Pasukan sebenarnya, agak berhalangan untuk tiba ke lokasi kerana laluannya yang sempit dan hanya dapat dilalui dengan pacuan empat roda.

Turut membantu di lokasi katanya, dua anggota polis, dua kakitangan Sesco dan dua kakitangan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar.

“Ketika ini, punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Berkaitan