MIRI: Hampir semua urusan hari ini menggunakan digital, justeru peniaga dan golongan usahawan tidak dapat mengelak daripada terlibat dengan teknologi digital moden ini.
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, termasuk usahawan dan masyarakat Dayak tidak dapat mengelak daripada memanfaatkan teknologi ekonomi digital ini.
Berucap pada perasmian Ngachau Tikai Gawai Dayak Bazar (GDB) 2018 anjuran Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) hujung minggu lepas, Lee mencadangkan usahawan Dayak mewujudkan aplikasi bagi memasarkan produk atau perkhidmatan mereka ke pasaran luas meliputi dunia luar.
GDB 2018 bermottokan “Pemangkin Ekonomi Dayak” berlangsung 2-26 Mei, melibatkan 45 gerai menjual pelbagai jenis makanan tradisi Dayak di samping kraf tangan, pakaian serta busana tradisi.
Lee menggesa usahawan Dayak lebih kreatif berinovasi terlibat dalam persaingan dunia perniagaan ekonomi digital yang kuas menjangkau peringkat global ini. –Sarawakvoice
