Uber jana pendapatan RM28.6 bil, tapi masih rugi RM12.3 bilion

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

NEW YORK: Meskipun menjana pendapatan RM28.6 bilion pada 2016 dengan menerima tempahan dua kali ganda mencecah RM87.9 bilion, syarikat Uber mengakui masih menanggung kerugian bersih RM12.3 bilion.

Syarikat swasta yang berpangakalan di New York itu mempunyai aset bernilai RM298.9 bilion.

Reuters melaporkan maklumat Bloomberg berkaitan kewangan Uber yang tidak pernah mengemukakan sebarang laporan kewangannya sebelum ini.

Pengurus Besar serantau Uber Rachel Holt dalam e-melnya kepada Bloomberg berkata, “kami bernasib baik kerana mempunyai perniagaan yang sihat dan berkembang…”

Pengurus Besar serantau Uber Rachel Holt

“(Ini) memberikan kami ruang membuat perubahan yang kami tahu diperlukan pengurusan dan akauntabiliti, budaya dan organisasi kami, dan hubungan kita dengan pemandu.”

Di Amerika Syarikat, Uber berdepan isu dakwaan gangguan seksual daripada bekas pekerja wanita.

Video yang tersebar menunjukkan Ketua Eksekutif Travis Kalanick bertindak keras terhadap pemandu Uber.

Uber kini dalam proses mengambil ketua pegawai operasi membantu syarikat memperbaiki imej tercemar dan meningkatkan budaya.

Minggu lepas Ketua Komunikasi Uber meletak jawatan dengan dua lagi eksekutif peringkat tinggi Uber bercadang meninggalkan syarikat berkenaan.

Uber merupakan syarikat jaringan pengangkutan global yang berasal dari San Francisco, California.

Syarikat ini mencipta aplikasi penyedia pengangkutan menghubungkan penumpang dengan pemandu kenderaan sewaan serta khidmat tumpangan.

Syarikat mengatur khidmat jemputan di pelbagai kota di seluruh dunia menggunakan khidmat pesanan pesan teks atau menggunakan aplikasi bergerak yang khusus.

Di Malaysia, meskipun mendapat banyak tentangan dan bantahan khususnya daripada pengusaha teksi dan syarikat kereta sewa,

Perkhidmatan Uber termasuk Grabcar tidak disenarai hitam asalkan mengikuti prosedur sedia ada serta memiliki insurans yang sah.

Pada April tahun lepas, kerajaan memberi kebenaran bersyarat bagi Uber beroperasi di Malaysia antaranya pemandu mesti memiliki lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). – Sarawakvoice

Berkaitan