Tun Dr Siti Hasmah: Sebagai isteri saya patut bersimpati kepada Dr Mahathir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,  tindakannya memulangkan darjah kebesaran Selangor bukanlah kerana dipaksa suaminya, sebaliknya dilakukan dengan sukarela.

Katanya, tindakannya itu dilakukan kerana mahu mengikut jejak langkah suaminya.

“Tidak, dia tidak paksa saya, saya dengan sukarela juga memulangi kurniaan Tuanku, Almarhum actually that time, kepada Istana”  kata Dr Siti Hasmah dalam satu video yang disiarkan dalam akaun Facebook Dr Mahathir Mohamad pagi ini.

“Saya fikir kalau suami saya terasa begitu, saya sebagai isteri patut bersimpati kepadanya dan menyokong hasratnya,”

Katanya, sebagai anak Selangor yang menerima darjah kebesaran tertinggi daripada negeri itu,beliau perlu membantu suaminya.

“Saya pun anak Selangor dan dapat darjah yang tinggi daripada Selangor, tetapi oleh sebab apa yang berlaku baru-baru ini, saya rasa saya perlu bantu hasrat suami saya itu dengan memulangi Darjah-darjah yang dikurniakan Tuanku Sultan Selangor,” katanya.

Siti Hasmah dilahirkan di bandar diRaja Klang.

Dr Siti Hasmah merujuk kepada ayahanda kepada Sultan Selangor, Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah yang mengurniakan darjah kebesaran kepadanya.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memperkenankan  menerima balik darjah kebesaran yang dipulangkan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.

Dalam satu kenyataan pagi tadi,  Dewan Diraja Selangor mengesahkan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sudah memulangkan dan menyerahkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Istana Selangor.  – Sarawakvoice

Berkaitan