Tukang cuci santai bimbit besi angkat berat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Sebuah video dikongsi TheFigen di Twitter menghiburkan netizen.

Klip video itu bemula dengan dua lelaki yang cuba mengangkat besi angkat berat di sebuah gim. 

Apabila salah seorang berjaya mengangkatnya dengan penuh kesukaran, rakannya bertepuk tangan. 

Ketika itu pekerja tukang cuci gim berdiri berdekatan mereka dan meminta izin mengemop tempat letak besi angkat berat tersebut. 

Yang mengejutkan, pekerja tersebut penuh santai mengangkat besi tersebut dengan tangan kanannya sahaja, manakala tangan kirinya pula mengemop lantai. 

Dia juga sempat bertanya sama ada besi angkat berat itu untuk bersenam dan sekali lagi mengangkatnya dengan hanya sebelah tangan. 

Selepas meletakkan besi itu semula dia berjabat tangan dengan salah seorang daripada mereka dan berlalu pergi. 

Mereka berdua yang masih terpegun cuba mengangkat besi tersebut, namun ia tetap terlalu berat untuk mereka. 

Berkaitan