Tiga lelaki hilang selepas bot untuk pulang Gawai terbalik di Kanowit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KANOWIT: Tiga lelaki hilang dan dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Poi dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan sekitar jam 5.37 petang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit.

“Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit segera memberi respons dengan mengaturgerakkan sebuah jentera Artego dengan kekuatan lima anggota.

Berdasarkan maklumat awal katanya, difahamkan perahu panjang yang membawa muatan dan beberapa penumpang dari Kanowit menuju Nanga Ulim telah terbalik.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian bergerak ke lokasi kejadian namun perjalanan hanya sampai ke Rumah Panjang Menalun.

“Ini kerana Nanga Ulim hanya boleh diakses melalui jalan sungai, yang mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan menggunakan bot.

Kata Ling Hii, kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan iaitu hujan lebat dan hari yang semakin gelap, operasi SAR ditangguh pada jam 6.30 petang tadi. –Sarawakvoice

Berkaitan