Tiada kompromi terhadap pelajar kes buli

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah institusi itu yang terlibat dengan kes buli dan pukul.

“Saya sudah terima laporan daripada Bahagian Pendidikan MARA, semua yang terlibat dicadangkan untuk diberhentikan dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).

“Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini seperti dipetik Bernama.

Media hari ini melaporkan berlaku tiga kes buli di sebuah sekolah menengah dan institusi pendidikan menengah MARA baru-baru ini sehingga membawa kepada penahanan 14 pelajar.

Kesemua remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Polis turut menjalankan siasatan lanjut sama ada terdapat penglibatan kongsi gelap dalam kes itu. 

Berkaitan