Telefon bimbit meletup, warga tua nyaris terbakar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MAROTTICHAL: Dalam kejadian mengejutkan berlaku di sebuah restoran di Marottichal, India, lelaki warga emas hampir mengalami cedera parah selepas telefon bimbitnya tiba-tiba terbakar.

Insiden itu dirakam kamera CCTV milik kedai dan sejak itu ia tular di Internet.

Warga emas seorang petani, MV Elias, 76, menikmati secawan teh dengan tenang dan santai apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam poket bajunya, meletup dengan bunyi kuat dan terbakar.

Elias bertindak pantas mengeluarkan telefon yang terbakar itu dari poketnya dan cuba memadamkan api tersebut.

Pekerja kedai bergegas membantunya dan turut menyembur sedikit air pada telefon bimbit terbabit memastikan ia sudah benar-benar padam.

Elias bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut. Ketika ditemu ramah pihak polis, Elias memberitahu dia membeli telefon bimbit tersebut tahun lalu dari kedai tempatan dan ia berfungsi seperti biasa sehingga saat itu.

Berkaitan