SUPP pula dilanda ribut, Sebastian Ting didesak undur

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Selepas Parti Rakyat Sarawak (PRS), kini giliran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berantakan.

Terbaharu, lima pemimpin parti itu di Cawangan Dudong mendesak Setiausaha Agung parti, Datuk Sebastian Ting melepaskan jawatan.

Desakan dilakukan oleh Pengerusi Cawangan, Wong Ching Yong; Timbalan Pengerusi, Kelvin Kong Sien Chiu; Setiausaha, Kong Sing Ping, bendahari Daniel Sng Wei Siong; dan Penolong Setiausaha, Dr Wong Chya Wei.

Kelvin merupakan calon Parlimen Lanang yang tewas baru-baru ini.

Desakan ini kata Chin Yong dilakukan susulan prestasi buruk parti itu dalam PRU14, yang menyaksikan SUPP tewas enam daripada tujuh kerusi yang ditandingi.

Ting katanya, tidak agresif, malah terlalu tenang dan tidak aktif semasa musim pilihan raya sehingga timbul pandangan negatif terhadapnya.

“Sehingga hari ini, sebagai Setiausaha Agung, beliau masih belum tampil dengan kenyataan atau strategi bagaimana parti itu harus dihidupkan semula.

“Beliau telah memungkiri tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung parti untuk membuat pendirian mengenai isu politik.

“Sekiranya Setiausaha Agung tidak bersedia dengan pendiriannya atau pendirian parti mengenai isu-isu politik yang penting, rakyat tidak akan tahu pendirian parti.

“Oleh itu, ahli parti akan menjadi kecewa dan rakyat Sarawak tidak akan menyokong parti itu.

Ting turut dituduh kurang produktif dalam melaksanakan tugas selaku Setiausaha Agung parti sedangkan di bawah perlembagaan parti, Setiausaha Agung adalah jawatan nombor dua tertinggi dalam hierarki.

Ting telah memegang jawatan itu sejak 2014. –Sarawakvoice

Berkaitan