SUKMA 2024 SABA kenal pasti petinju baru

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) sudah mengenal pasti petinju berbakat sepanjang pemantauan dilakukan pada Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 yang baru lepas.

Lantas memperlihatkan adamya permata baharu dari kejohanan terbabit yang akan dipanggil sekali gus diberi peluang mengikuti sesi pemilihan yang dijadual berlangsung pada bulan Julai nanti.

Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo menegaskan, kredit berganda dimiliki pihaknya ketika ini dengan adanya beberapa muka baharu.

“Memang ada beberapa petinju baharu yang dikenal pasti pada kejohanan lepas.

“Mereka akan dipanggil untuk menyertai sesi pemilihan petinju untuk pembentukan skuad baharu bagi menghadapai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 kelak,” ujar Rahman kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil enggan memberi perincian sepenuhnya berhubung jumlah petinju baharu itu, Rahman pada masa sama menyatakan, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara berkaitan.

Tambah beliau, mesyuarat yang sama juga akan turut membincangkan mengenai tarikh untuk memulakan sesi latihan pusat buat petinju terlibat dengan Sukma 2024.

“Pihak SABA juga akan menganjurkan Kejohanan Tinju Remaja Tertutup di Bahagian Serian penghujung bulan Jun nanti.

“Apa yang pasti sesi pemilihan bagi mencari petinju baharu ke temasya berprestij negara itu akan turut disertai mereka yang dikenal pasti dikawasan berkenaan,” tambah Rahman.

Rahman akui, pihaknya mahu memanfaat kelebihan Sarawak selaku tuan rumah Sukma 2024 dan ingin memastikan lebih banyak pingat emas dapat diperoleh kelak.

Berkaitan