Suk Bowler terus kekal di tangga teratas Liga

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kekalahan di tangan pasukan Boss dengan 9-11 tidak menggugat kedudukan Suk Bowler untuk terus kekal di tangga teratas Liga Tenpin Boling Perkhidmatan Awam 2023.

Perlawanan yang berlangsung minggu lepas di Megalanes Sarawak, Batu Kawa turut menyaksikan Suk Bowler meraih 32.70 mata untuk mengumpul 75.95 mata secara keseluruhan.

PSKPP pula kekal di tangga kedua selepas menundukkan SDO Mix dengan (12.5-7.5) membolehkan pasukan itu meraih 74.36 mata keseluruhan.

SDO Mix pula jatuh ke tangga ketujuh susulan kekalahan tersebut dari 12 pasukan yang turut serta.

Sementara itu, Pushpins melonjak ke tangga ketiga susulan kemenangan (18-2) ke atas The Musketeers Jr untuk meraih 40.17 mata dan 70.05 mata secara keseluruhan.

LCDA Bolts turut naik ke tangga sembilan selepas menang ke atas Suk Jr Bowlers dengan (14.5-5.5).

Ia membolehkan pasukan itu mengumpul 36.35 mata dan 59.04 secara keseluruhan.

Boss, Ngap Sayot, Thumbprint, Charlie Strikers, Medix, Suk Jr Bowlers dan The Musketeers Jr masing-masing menduduki tangga keempat hingga ke-12.

Dalam pada itu, persembahan cemerlang pemain Suk Bowler, Mohd Faizal Aris membolehkan beliau mengungguli kategori Individual High Game (Scratch) dengan 233 jatuhan pin.

Beliau turut cemerlang dalam kategori Individual High Series (Handicap) dengan melakukan 829 jatuhan pin.

Manakala Innal Yassin Wahid dari Boss cemerlang dalam kategori Individual High Game (Handicap).

Kategori Team High Game (Scratch) pula milik pasukan Boss setelah mencatat 560 jatuhan pin sambil Pushpins merekodkan 633 jatuhan pin untuk mendominasi kategori Team High Game (Handicap).

Sementara itu, kategori Best Female (Scratch) milik Marzainah Jayamara dari pasukan Boss dengan 675 jatuhan pin.

Sambil Rozalina Baharuddin dari PSKPP dinobatkan Best Female (Handicap) dengan 786 jatuhan pin.

Berkaitan