Suami isteri maut di Sibu, motosikal dirempuh kereta terbabas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIBU: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan yang hilang kawalan di sini pagi semalam.

Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Bingkok John memberitahu, kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi di Kilometer 40, Jalan Sibu-Bintulu.

“Ketika melalui lokasi tersebut, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh pasangan tersebut yang berada di laluan bertentangan.

“Impak rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua mereka maut serta-merta.

Bingkok berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut namun suspek yang melakukan pelanggaran tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Dia ditahan di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41, akta yang sama.

Identiti mangsa yang maut kemudian dikenal pasti sebagai Peter Ngail, 36 tahun
dan pemboncengnya, Belen Jerome, 32 tahun.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat. – Sarawakvoice

Berkaitan