Sri Aman Gators sedia gegar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SERAH... Dayang Noorazah Awang Sohor (kiri) menyerah dana kepada salah seorang pegawai pasukan terbabit.

KUCHING: Skuad Sri Aman Gators siap sedia untuk mengharungi gelora sebenar Grand Finale Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2023 yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Sekali gus, bayangan awal buat skuad yang dibarisi pemain muda itu untuk mencipta kejutan dalam misi mencetak kejayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor mengakui Sri Aman sudah agak lama dambakan kejayaan dalam sukan sepak takraw.

SERAH… Dayang Noorazah Awang Sohor (kiri) menyerah dana kepada salah seorang pegawai pasukan terbabit.

“Saya berharap skuad Sri Aman Gators mampu menampilkan aksi terbaik sepanjang saingan hujung minggu ini sekali gus menjulang nama Simanggang dan membawa pulang kejayaan yang paling ditunggu-tunggu rakyat di sini setelah sekian lama.

“Dengan pengurusan terbaik dan pemain yang telah diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Takraw Seksyen Sri Aman (PESTASA) beraksi dalam pusingan akhir itu kelak,” katanya berucap ringkas ketika menerima kunjungan pegawai, jurulatih serta pemain Sri Aman Gators dekat sini semalam.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Timbalan Presiden PESTASA, Zaidil Ripin, Setiausaha Kehormat PESTASA, Awang Mazelan Awang Majit dan Ketua Jurulatih Sri Aman Gators, Abdul Karim Haji Mohd Bakri.

Dayang Noorazah berkata, tidak mustahil impian itu dapat direalisasikan sekiranya mentaliti ingin menang diterapkan dalam diri semua pemain.

Pada majlis tersebut Dayang Noorazah turut menyampaikan dana RM2,000 sebagai cetusan semangat tambahan buat pemain Sri Aman Gators.

Berkaitan