Sofa Aladdin terbang di udara semasa ribut di Turki

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Sumber: Video

ANKARA: Sebuah video yang dikongsi di Twitter oleh individu bernama Guru of Nothinga.

Video tular tersebut menunjukkan sebuah sofa terbang di udara gara-gara ribut yang melanda kawasan tersebut.

Sofa tersebut dilihat terbang keluar dari sebuah pangsapuri, melayang ke udara seketika sebelum terhempas di sebuah bangunan lain.

Insiden luar biasa itu mengejutkan orang ramai yang melihatnya.

Nasib baik, tiada kecederaan direkodkan, malah sofa itu juga tidak mengalami sebarang kerosakan selepas mendarat di halaman berhampiran.

Segelintir netizen membandingkan visual itu dengan Aladdin dan permaidani ajaibnya.

Berkaitan