BINTULU : Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada hari ini telah menyumbang 200 unit kerusi plastik kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau.
Simbolik sumbangan disampaikan Ketua Perkhidmatan Korporat BPHB Maslihah Tioh kepada guru besar sekolah berkenaan, Ibai Aning.

Maslihah berkata, melalui sumbangan itu diharap sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pihak sekolah tersebut terutama dalam menyediakan kemudahan fasiliti kepada murid.
Menurutnya lagi, BPHB juga aktif dalam memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah di sekitar Bintulu termasuk di Kuching.
“Sebelum ini, kita (BPHB) pernah dan telah menyumbang perahu dan enjin sangkut kepada pihak SK Sungai Anak di Selangau termasuk menyumbang televisyen kepada SK Tatau, katanya lagi.

Guru Besar SK Tatau Ibai Aning berkata, pihaknya menghargai bantuan dan sumbangan BPHB yang dilihat amat bermakna selain untuk mengukuhkan jalinan perhubungan kedua-dua belah pihak.
Beliau berharap sumbangan seumpamanya tidak akan berakhir sebaliknya, akan diteruskan bagi membantu pembangunan sekolah.
“Kami bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan demi membentuk anak-anak murid cemerlang dan gemilang,” tambahnya.
Turut diadakan juga acara ringkas menandatangani sijil koloborasi antara SK Tatau dan BPHB.