SERIAN: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Tarat bakal menjadi medan terbaik dalam melahirkan pemain futsal di negeri ini.
Ia dengan adanya penganjuran Kejohanan Futsal Tertutup N.20 Tarat (Piala Datuk Roland Sagah Wee Inn).
Kejohanan terbabit yang akan berlangsung di gelanggang futsal Kampung Sungai Barie, Serian pada 17 hingga 18 Jun nanti.
Pengerusi Kejohanan, Phillip Jabu menegaskan, dua kategori dipertandingkan untuk kejohanan dua hari itu iaitu lelaki dan wanita.
“Kita mensasarkan 24 pasukan bagi kategori lelaki berbanding 16 pasukan untuk kategori wanita. Format kejohanan secara liga kumpulan untuk peringkat awal berbanding kalah singkir untuk saingan selepas itu,” tegas Phillip kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Phillip, pihaknya menyeru pasukan berminat untuk menyertai kejohanan itu dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Zainal Abidin ditalian 014-6346500 dan Jenifer ditalian 014-3710052.
“Yuran pendaftaran bagi kategori lelaki RM150, manakala yuran untuk kategori wanita pula RM100. Hadiah menarik menanti pasukan berjaya setiap kategeori,” katanya.