Seorang lelaki maut dalam kemalangan, kereta terbalik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SELAMAT… Pihak bomba mengeluarkan mangsa dari bawah kenderaan.

SLUG: LELAKI MAUT KERETA TERBALIK

28022023

P1: SELAMAT…Pihak bomba mengeluarkan mangsa dari bawah kenderaan.
P2-P3: HANCUR…keadaan kereta yang dipandu oleh mangsa dalam kemalangan tersebut.

NUR FARIHAN RAZALI

MIRI: Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Sedan di Jalan Miri Bypass berhampiran Shell Pujut, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan dalam jam 2.50 petang dan mendapati kenderaan tersebut telah terbalik di bahu jalan.

SELAMAT… Pihak bomba mengeluarkan mangsa dari bawah kenderaan.

“Mangsa, 38, tidak sedarkan diri kerana tersepit di bawah bumbung kenderaan yang terbalik.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah kenderaan,” katanya.

HANCUR… keadaan kereta yang dipandu oleh mangsa dalam kemalangan tersebut.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 3.55 petang.

Berkaitan