Segera hantar permohonan Bantuan Tunai Rahmah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto:fb

KUCHING: Orang ramai diingatkan untuk segera menghantar borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mengelakkan beratur panjang sekiranya menghantar saat-saat akhir.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong berkata, bagi mereka yang pandai menggunakan Internet, boleh menghantar atau mengemas kini permohonan melalui laman sesawang https://bantuantunai. hasil.gov.my/.

“Orang ramai yang belum menghantar borang, kami merayu supaya anda tidak menunggu sehingga saat-saat akhir,” katanya semalam.

Dalam pada itu katanya, sejak bulan lepas Parti Tindakan Demokratik (DAP) Stampin membantu seramai 181 individu untuk mengisi borang permohonan STR. “Ini kerana kami difahamkan ramai yang tidak mempunyai masa untuk menghantar borang ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Hari ini kami menyerahkan semua borang permohonan tersebut terus kepada Ketua Jabatan bagi permohonan STR Sarawak, Shahminan Ahmad,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya mengambil maklum sebarang perkembangan dan maklum balas mengenai permohonan tersebut termasuk memberikan sebarang cadangan yang mungkin dapat membantu untuk melicinkan proses tersebut pada masa hadapan

Berkaitan