Sarawak sasar vaksin 60,000 anjing divaksin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Dato Sri Dr Sim Kui Hian

KUCHING: Hanya 4,007 jumlah anjing telah divaksin  di Sarawak setakat ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian,

jumlah tersebut menurun  drastik berbanding 42,000 ekor jumlah anjing divaksin pada 2017.

Jelasnya, kerajaan menyasarkan kira-kira 60,000 ekor anjing di Sarawak divaksin menjelang hujung tahun ini bagi mengekang penularan wabak rabies.

Katanya, pada tahun 2018  sebanyak 66,000 anjing telah divaksin sekali gus satu rekod tertinggi pernah dicatatkan.

“Setakat ini hanya 4,007 anjing telah divaksin, masih ada kira-kira 56,000 anjing lagi perlu mendapatkan vaksin rabies menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan forum awam kesedaran rabies di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini.

Berkaitan