Sarawak berpotensi besar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KEPUTUSAN sama ada Sarawak menjadi tuan rumah temaysa Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 pada 2024 akan diketahui minggu depan. Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, belum ada perincian rasmi berhubung perkara itu tetapi sebagai mana dimaklumkan pengumuman rasmi akan dibuat Mac depan.

“Potensi untuk kita (Sarawak) jadi tuan rumah besar, tetapi tunggu pengumuman rasmi daripada Kementerian Belia Dan lSukan (KBS) awal bulan Mac iaitu minggu depan,” kata Awang Putrayusrie.

Beliau berkata demikian pada sidang media Grand Finale Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2022 di Pusat Akuatik Pandelela, Petra Jaya semalam.

Awang Putrayusrie yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) menjelaskan, pihaknya juga mengadakan mesyuarat pertama untuk persiapan awal Sukma “Kita turut membincangkan beberapa perkara termasuk kategori sukan yang dipertandingkan, lokasi, gelanggang dan sebagainya.

“Sebagai mana diinginkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, terdapat acara sukan akan dilangsung di luar Kuching,” jelasnya.

Berkaitan