RUU Uber, Grab dimuktamadkan, teksi-Uber dinasihat jalin kerjasama operasi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar fail

KUCHING: Julai ini kerajaan membentang bacaan kali kedua Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat yang bertujuan mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grab menggunakan perkhidmatan ride hailing berasaskan aplikasi e-hailing.

Jelas bahawa kerajaan memuktamadkan rang undang-undang berkenaan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bagi Sabah dan Sarawak.

Dianggarkan setakat Oktober 20916, terdapat 50,000 hingga 60,000 individu berdaftar melalui aplikasi e-hailing sebagai pemandu perkhidmatan pengangkutan Uber dan Grabcar direkodkan di seluruh negara.

Gambar fail

Di Sarawak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata, pengusaha teksi di negeri ini perlu berjumpa dengan pengendali perkhidmatan Uber bagi membincangkan peluang untuk bekerjasama sesama mereka.

Bercakap pada majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan negeri anjuran Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak pada Sabtu, Nancy berkata bahawa perkhidmatan Uber sudah pun beroperasi di Sarawak.

Bagaimanapun, beliau menarik perhatian bahawa apabila pindaan akta diluluskan, pengendali Uber tidak boleh mengambil dan menghantar penumpang di jalanan tanpa menggunakan aplikasi e-hailing yang dikawal selia oleh kerajaan.

Operasi Uber di Malaysia, syarikat swasta yang berpangkalan di New York itu berbeza dengan teksi yang boleh mengambil penumpang di mana sahaja.

Aplikasi e-hailing digunakan pengendali Uber untuk mengambil dan menghantar penumpang menerusi panggilan dalam talian.

Di Malaysia, meskipun Uber mendapat banyak tentangan dan bantahan khususnya daripada pengusaha teksi dan syarikat kereta sewa, Uber termasuk Grabcar milik Singapura tidak disenarai hitam asalkan mengikut prosedur sedia ada serta memiliki insurans yang sah.

Pada April tahun lepas, kerajaan memberi kebenaran bersyarat bagi Uber beroperasi di Malaysia antaranya pemandu mesti memiliki lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Di peringkat global, Uber mempunyai aset RM298.9 bilion dan menjana pendapatan RM28.6 bilion pada 2016 dengan menerima tempahan dua kali ganda mencecah RM87.9 bilion.

Namun, berbanding margin operasi, syarikat Uber mengakui masih menanggung kerugian bersih RM12.3 bilion. – Sarawakvoice

Berkaitan