Rumah terbakar, kereta mewah antara yang musnah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
kebakaran bahagian bawah rumah sebanyak 45 peratus, 3 kereta mewah hangus dijilat api.

KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat di Lorong 2, Jalan Sungai Apong Baru, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Tiga buah kenderaan iaitu Toyota Alphard, Toyota Tank dan Nissan GTR turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira 3.45 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dibantu sembilan anggota dari BBP Padungan telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan bahagian bawah rumah terbabit dan kemusnahan dianggarkan 45 peratus.

“Seramai tujuh orang penghuni rumah berjaya keluar dari kawasan kebakaran sebelum ketibaan pihak bomba dan tiada sebarang kederaaan dialami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota pemadaman melakukan teknik defensive dan offensive dengan membentangkan dua aliran 200 kaki serta empat pancutan nozel menggunakan air dari jentera dan pili bomba bagi mengawal dan memadam kebakaran.

“Anggota menjalankan Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) untuk mendapatkan maklumat keseluruhan penghuni,” katanya.

Katanya, operasi tamat kira-kira 5.15 pagi sementara punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

:Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dibantu sembilan anggota dari BBP Padungan dalam operasi pemadaman kebakaran.

Berkaitan