Remaja ditahan kerana aksi wheelie

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Salah seorang penunggang motosikal yang ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tondong-Apar-Segong, Bau pada Ahad.

BAU: Aksi wheelie seorang remaja lelaki membawa padah apabila ditahan di Jalan Tondong-Apar-Segong, pada Ahad.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak berkata, suspek berumur 18 tahun ditahan menerusi Op Samseng Jalanan.

Salah seorang penunggang motosikal yang ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tondong-Apar-Segong, Bau pada Ahad.

“Suspek ditahan kerana kesalahan melakukan aksi tunggangan motorsikal secara merbahaya dengan mengangkat tayar hadapan dalam jarak 50 meter di lorong kiri.

“Suspek disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salah seorang penunggang motosikal yang ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tondong-Apar-Segong, Bau pada Ahad.

Beliau berkata, operasi diketuai seorang pegawai dan 14 anggota turut memeriksa enam buah motosikal dan 10 orang individu dan menahan dua buah motosikal.

Tambahnya, sebanyak 18 keping saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

Sehubungan itu, JSPT Sarawak menasihatkan agar pentingnya pemantauan oleh pihak ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak ketika musim cuti sekolah ini supaya gejala negatif dapat dibendung demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Berkaitan