Polis siasat dua lelaki hina Nabi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Polis Diraja Malaysia ( PDRM )

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular di media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan kini dilakukan polis.

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Nordin Muhamad.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 52 saat dalam media sosial memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Berkaitan