Polis Itali rampas ribuan artifak purba dicuri sindiket

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

ROM: Pihak berkuasa Itali merampas ribuan artifak arkeologi dan mengeluarkan 21 waran tangkap ketika membongkar satu sindiket pencurian dan penyeludupan peninggalan purba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Itali pada Khamis berkata rangkaian jenayah itu termasuk pencuri dan penyeludup tempatan dan antarabangsa dengan operasi mereka berpangkalan di selatan bandar Bari dan mempunyai cawangan di sekitar wilayah Puglia serta wilayah berhampiran, Campania dan Lazio.

Beribu-ribu artifak, termasuk syiling emas, perak dan gangsa purba serta seramik yang dikeluarkan dalam penggalian haram di kawasan itu telah dirampas.

Agensi berita ANSA melaporkan kira-kira 3,600 artifak bertarikh antara abad ke-1 dan ke-6 SM dirampas dan setiap artifak mempunyai nilai antara 10,000 euro dan 60,000 euro (USD10,750 dan USD64,500).

Berkaitan