Polis buru 4 lelaki kes tembak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Polis memburu empat individu bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki berusia 39 tahun  berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor yang dipetik Sinar Harian, berdasarkan maklumat saksi kejadian, terdapat empat lelaki memakai topi keledar dan cermin gelap berada di lokasi ketika kejadian itu.

Dalam kejadian 11.30 malam Khamis, mangsa  ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan empat tembakan di kepala.

Pemeriksaan pasukan forensik polis menemui lima kelongsong peluru.

Berkaitan