KUCHING: Pasukan PFA Odin Sarawak kempunan untuk memperoleh tiga mata berharga pada aksi kelapan saingan Liga Futsal Premier Malaysia MPFL 2023 selepas sekadar mencatat keputusan seri (2-2) menentang KL City FC di Stadium Perpaduan, Petra Jaya sebentar tadi.
Penyerang tinggi lampai, Uram Oh muncul wira pasukan pelawat apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan minit ke-23.
Biarpun anak-anak buah Mohd. Faizal Zamri terdahulu gah dengan dua gol mengemudi pentas saingan menerusi jaringan Mohammad Dzul Izwaniezam Madin minit ke-2 dan
Zulazmie Ibrahim minit ke-6.
Sementara itu, satu lagi gol KL City FC dijaringkan oleh Anzar minit ke-11.
Barisan pemain PFA Odin Sarawak seharusnya menyalahkan diri sendiri ekoran kegagalan untuk beroleh kemenangan mengambil kira deretan peluang yang dimiliki.
“Satu mata yang amat berharga bagi kami disebalik keputusan seri (2-2) diperoleh semalam.
“Kita mempunyai lima peluang terbaik tetapi gagal diterjemah kepada jaringan,” tegas Presiden PFA Odin Sarawak, Hamzah Ismail ketika mengulas aksi pemainnya.
Menurut Hamzah, sekiranya jentera serangan mampu menjaringkan gol semalam sudah tentu tiga mata dihajati milik PFA Odin Sarawan.
Apa pun, beliau percaya pemain telah memberikan yang terbaik sepanjang saingan.
Keputusan seri tersebut mengekalkan kedudukan PFA Odin Sarawak di tangga ke-6 dengan menggumpul lima mata.
PFA Odin Sarawak akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 3 Jun depan di gelanggang sama.