Petronas beri kerjasama dengan SPRM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto: BERNAMA

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh siasatan berhubung kes pemberian projek Petronas di Sarawak kepada syarikat luar negara.

PETRONAS berkata, perkara tersebut juga merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan fail siasatan yang dibuka berhubung pemberian kontrak PETRONAS pada tahun 2021 kepada anak syarikat tempatan milik sebuah syarikat huluan antarabangsa.

“Petronas telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang tempoh siasatan yang tidak menemui sebarang salah laku di bawah Akta SPRM 2009 oleh kakitangan dan pengarah PETRONAS.

“Selaras dengan cadangan SPRM dan sejajar dengan polisi toleransi sifar rasuah, PETRONAS juga sentiasa mengambil langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP).

“Ia juga penting, sebagai usaha berterusan dalam mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah serta salah laku oleh pekerja, pengarah dan pihak ketiga bagi pihak syarikat dalam kumpulan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

SPRM semalam mengesahkan bahawa mereka sudah membuka fail siasatan berhubung pemberian projek PETRONAS bernilai RM399 juta di Sarawak kepada syarikat luar negara yang sebelum ini disekat oleh negara luar akibat pendakwaan rasuah.

Berkaitan