Perbezaan bukan penghalang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
CERIA… Douglas Uggah (empat kanan) bersalaman dengan Chieng Jen. Turut kelihatan ialah Violet (enam kiri) serta wakil rakyat yang lain semasa Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Foto Ghazali Bujang

KUCHING: Perbezaan ideologi politik tidak menghalang wakil rakyat di Sarawak untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), 1 Jun lalu.

Ia dapat dilihat dengan kehadiran Pengerusi Parti Tindakan Demokrasi (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen dan Adun Pending Violet Yong Wui Wui yang turut hadir ke sambutan majlis rumah terbuka anjuran barisan pemimpin Dayak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, rakyat Sarawak sememangnya menyokong antara satu sama lain termasuk dari segi sambutan pelbagai perayaan.

“Masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, budaya datang ke sini bukan hanya untuk menikmati juadah, tetapi dapat mengukuhkan perpaduan supaya kita mengenali budaya antara satu sama lain.

“Melalui persefahaman dan budaya tersebut juga kita akan dapat hidup dengan lebih aman dan bersatu padu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut, 1 Jun lalu.

Tambah Uggah, tidak kira rumah terbuka Hari Raya atau Gawai Dayak ia diraikan bersama-sama semua lapisan masyarakat di Sarawak, sekali gus mengukuhkan perpaduan di negeri ini.

Berkaitan