MOSKWA: Presiden Belarus Alexander Lukashenko pada Khamis mengatakan, Rusia mula memindahkan senjata nuklear ke negaranya.
Rancangan awal Presiden Rusia Vladimir Putin pada Mac lalu, menempatkan senjata nuklear jarak pendek di Belarus ini menuai kecaman Barat.
Lukashenko mengizinkan wilayahnya, yang bersempadan dengan Ukraine serta anggota Kesatuan Eropah (UE) dan Nato, Poland dan Lituania, menjadi medan melancarkan serangan Rusia ke atas Ukraine.
Pemimpin pembangkang Belarus, Svetlana Tikhanovskaya memberi amaran penempatan senjata nuklear Rusia di Belarus membahayakan nyawa penduduk Belarus selain mengancam Ukraine dan Eropah.