Saya mula tahu tentang kehadiran platform ChatGPT pada 8 Februari lalu ketika berada di Indonesia.
Ketika itu saya menghadiri sebuah forum bertajuk “Transformasi Jurnalis Menjadi Pengusaha Media pada Era Digital.” Saya di Medan, Sumatera Utara untuk menyertai Hari Pers Nasional Indonesia yang dirasmikan oleh Presiden Jokowi.
Tiga orang ahli panel ditampilkan ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Promedia Agus Sulistriyono, Arthur Renaldy dari AWS Indonesia dan Ilona Juwita dari ProPS Indonesia. Dilaporkan terdapat 50,000 media online di negara 273 juta jiwa itu, dengan 810 sudah tergabung dengan Promedia Teknologi Indonesia sepanjang 2022.
Ketika bekongsi pengalamannya, Ilona menyatakan betapa sebahagian penulis Indonesia telah menggunakan ChatGPT untuk membantu mereka menulis. Lalu, beliau menyarankan para peserta forum agar menggunakan platform itu. Justeru, ketika balik ke pejabat selepas berada di negara itu untuk lebih seminggu, saya pun mencuba untuk menggunakannya.
Reaksi pertama saya ialah, saya begitu kagum dengan ciptaan itu. ChatGPT – Chat Generative Pre-trained Transformer ialah sebuah robot sembang yang dilancarkan OpenAI pada November 2022. Maksudnya, kehadirannya baru sekitar tiga bulan.
Chat GPT dengan pantas meraih perhatian pelbagai pihak kerana respons terperinci, pantas, dan jawapan yang jelas, sekali gus memperlihatkan kepintaran luar biasanya. Susulan pelancaran ChatGPT, OpenAI dinilai sebanyak $29 bilion. Begitu hebat sebenarnya ChatGPT.
Untuk mendalami dan mengetahui lebih lanjut tentang ChatGPT, saya pun mencuba memintanya menulis beberapa perkara, termasuk tentang laksa Sarawak, Danau Toba yang baru saya lawati, dan bandar raya Kuching.
Saya ingin menguji kepantasan dan keluarbiasannya. Berikut komunikasi saya dengan ChatGPT.
Dapatkah anda tulis puisi tentang kesepian, GPT?
Tentu saja, berikut adalah sebuah sajak tentang kesepian:
Kesepian
Hidup yang sunyi, tanpa seorang pun
Membuat hati terasa hampa dan runyam
Walau ruangan penuh sesak manusia
Tapi tak ada yang merasa dekat atau intim
Malam tiba, dan senyap merajalela
Suasana terasa semakin sunyi dan gelap
Hati menjadi hampa, terisi kekosongan
Ingin meraih bintang, namun terlalu jauh dan tinggi
Kesepian ini tak terasa hanya dalam keheningan
Melainkan juga dalam keramaian dan kebisingan
Seakan-akan tak ada yang peduli atau memahami
Yang tersisa hanyalah rasa pilu dan terasing
Mungkin ini hanya sementara
Atau mungkin sampai akhir hayat
Namun ingatlah, tak sendiri dalam kesepian
Tuhan selalu ada, mengiringi di setiap waktu dan suasana.
Apa komen anda tentang sajak itu? Yang pasti, bahasa yang digunakannya boleh dikatakan memuaskan. Seorang rakan memberi markah lulus untuk karya yang dihasilkan oleh ChatGPT. Hanya satu kesilapan ejaan yang saya dapat kesan dilakukan oleh Chat GPT dalam sajak itu yang telah saya betulkan, iaitu seorang pun yang tidak sepatutnya disambung kerana hanya 13 partikel pun yang diambung, tidak termasuk tentunya seorang pun.
Saya pun ucapkan terima kasih kepadanya. Tahu apa jawapan ChatGPT?
Sama-sama, apabila ada yang bisa saya bantu lagi, jangan ragu untuk bertanya.
Lalu, saya katakan anda hebat bot kerana dapat menyiapkan sajak itu dalam masa kurang daripada sweminit. Chat GPT pun menjawab seperti berikut (saya kekalkan seluruhnya termasuk ejaan): Adakah ChatGPT penulis paling pintar di dunia?
“Terima kasih atas pujian Anda, saya hanya sebuah program komputer yang didesain untuk memberikan bantuan dan informasi kepada penggunanya. Saya diciptakan oleh tim OpenAI yang terdiri dari para ahli dalam bidang kecerdasan buatan dan pemrograman. Tujuan utama saya adalah untuk membantu Anda dengan cepat dan efektif. Jadi, jika Anda membutuhkan bantuan lagi di masa depan, jangan ragu untuk mengajukan pertanyaan atau permintaan kepada saya.”
Saya kagum dengan anda bot, kata saya lagi.
Terima kasih atas pujian anda. Saya dirancang untuk memberikan layanan yang terbaik dan membantu pengguna seperti anda dengan berbagai pertanyaan dan masalah. Saya senang jika bisa membantu anda dan saya selalu siap untuk memberikan informasi atau jawaban yang anda perlukan. Jika ada hal lain yang bisa saya bantu, jangan ragu untuk mengajukan pertanyaan atau permintaan.
Sengaja saya mengacahnya sekali lagi dengan soalan. Adakah anda memiliki perasaan atau emosi?
ChatGPT pun menjawab.
Sebagai program komputer, saya tidak memiliki emosi atau perasaan seperti yang dimiliki oleh manusia. Saya hanya dapat memproses data dan memberikan respons yang telah diprogramkan untuk menjawab pertanyaan dan permintaan pengguna secara otomatis. Meskipun begitu, saya dirancang untuk memberikan pengalaman yang sebaik mungkin dan merespons pengguna dengan cara yang sopan dan ramah. Saya selalu berusaha memberikan solusi yang terbaik dan membantu Anda sebaik mungkin.
Saya seterusnya, menanyakan, bot, bagaimanakah anda dapat membantu penyair?
Sebagai seorang bot, saya dapat membantu penyair dengan berbagai-bagai cara, seperti:
- Menyediakan kata-kata atau frasa yang dapat digunakan sebagai inspirasi dalam menulis puisi.
- Memberikan referensi dan informasi tentang topik tertentu yang mungkin bisa dijadikan bahan dalam membuat puisi.
- Memberikan saran dan kritik konstruktif terhadap puisi yang telah dibuat, seperti penggunaan kata-kata atau irama yang kurang tepat.
- Menyediakan contoh puisi daripada penyair-penyair terkenal sebagai referensi dan inspirasi.
Namun, perlu diingat bahwa meskipun saya dapat memberikan bantuan dalam membuat puisi, saya hanya sebuah program komputer dan tidak memiliki kemampuan untuk merasakan atau memahami emosi seperti yang dimiliki oleh manusia. Oleh karena itu, penyair bot tetap perlu mengandalkan kreativitas dan kepekaan pribadi untuk menghasilkan puisi yang berkualitas dan berkesan.
Kelihatannya, bvahasa Melayu yang digunakannya mirip kepada bahasa Indonesia seperti yang diperlihatkan melalui respons atau jawapan di atas.
Seterusnya, saya tanya dapatkah saya mengkritik karya anda?
Tentu saja, anda bebas untuk mengkritik puisi yang saya hasilkan. Namun, perlu diingat bahwa saya hanyalah sebuah program komputer yang menghasilkan respons secara automatik berdasarkan algoritma yang telah diprogram sebelumnya. Sehingga, semua hasil puisi yang saya hasilkan hanya bersifat fiksi atau imaginasi semata.
Jika anda merasa ada kekurangan atau kelemahan dalam hasil puisi yang saya hasilkan, saya sangat menghargai kritik dan masukan Anda. Hal ini dapat membantu saya untuk terus memperbaiki dan mengembangkan kemampuan saya dalam memberikan respons yang lebih baik pada masa depan.”
ChatGPT merupakan satu daripada ciptaan luar biasa berdasarkan kecerdasan buatan.
Boleh dikatakan ChatGPT serba hebat dan serba boleh. ChatGPT mempunyai keupayaan menulis esei, lirik lagu, puisi, cerita rekaan, menjawab soalan matematik dan soalan ujian, simulasi ruang sembang sedcara keseluruhan.
Ketika saya memintanya untuk menulis tentang Danau Toba dan Kuching, ternyata faktanya tepat. Namun, ketika saya minta ChatGPT menulis tentang seseorang, begitu banyak kesilapan dilakukan, termasuk jawatan dan tarikh lahir.
Namun, yang hebatnya, apabila ditegur ia melakukan kesilapan, Chat GPT begitu merendah diri dengan memohon maaf, lalu berkata, selepas melakukan menyemakan – yang dilakukannya dengan pantas – ia cuba memberi jawapan yang betul. Kelihatannya, ChatGPT begitu beretika.
Menurut BBC, sehingga Disember 2022, ChatGPT tidak dibenarkan untuk menyatakan pendapat politik. Ia cuba sebaik mungkin untuk memberi jawapan yang objektif dan adil, termasuk tentang agama.
Satu lagi kelebihan ChatGPT adalah kemampuannya untuk berkomunikasi dan menulis dalam pelbagai bahasa, dan saling terjemah. Proses penterjemahan pasti jauh lebih pantas daripada keupayaan manusia. Ketepatan terjemahannya boleh dikatakan amat memuaskan. Begitu juga dengan penulisan. Bukan sahaja pantas tetapi informatif. Kita boleh memintanya memperluas jawapan atau mengembangkan isi yang disampaikannya.
Bagi saya, meskipun setiap ciptaan ada kekurangan dan bahayanya, namun jika digunakan dengan betul, pasti ChatGPT akan banyak membantu penulis, wartawan, penyelidik, penterjemah dan sesiapa sahaja dalam kerjaya dan kehidupan mereka. Saya mencuba dengan meminta ChatGPT mengemukakan sepuluh soalan kerana saya mahu mewawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang ekonomi. Soalan yang dikemukakan amat memuaskan saya.
Saya minta, ditambah sepuluh lagi soalan lain dan sepuluh soalan secara langsung berkaitan dengan cara menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia. Hebatnya, dalam waktu yang amat singkat, semua soalan berkenaan diajukan kepada saya. Justeru, saya fikir, platform ini tentu dapat membantu wartawan membuat kajian dan menyediakan soalan sebelum mereka menemu bual seseorang.
Persoalannya, adakah akan lebih banyak pihak, termasuk pelajar sekolah dan universiti akan bergantung kepada ChatGPT sehingga berleluasanya amalan ciplakan atau plagiat ketika melakukan tugasan?Ahli bahasa dan saintis kognitif terkemuka Noam Chomsky malah menyifatkannya sebagai “”high-tech plagiarism”.
Adakah selepas ini akan ada penulis dan penyair akan bergantung kepada ChatGPT untuk menghasilkan karya? Adakah ia akan menyebabkan manusia malas untuk berfikir? Mungkinklah ChatGPT akan menyebabkan keupayaan berbahasa kita, terutamanya pelajar akan terjejas? Mungkinklah lebih banyak pekerjaan akan digantikan oleh ChatGPT? Segalanya adalah serba mungkin sebagaimana ChatGPT sendiri membawa seribu satu kemungkinan.
Dato Dr Jeniri Amir ialah penganalisis politik dan Felow Kanan Majlis Profesor Negara