Pasukan B Sektor Pengurusan Maklumat rangkul juara Tenpin Boling Piala Pengarah JPNS 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
JUARA... Para pemain Pasukan B Sektor Pengurusan Maklumat JPNS menjulang piala Pengarah kemenangan.

KUCHING: Pasukan B Sektor Pengurusan Maklumat muncul juara dalam pertandingan Tenpin Boling Piala Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) 2023, kelmarin.

Keputusan akhir menyaksikan pasukan terbabit berjaya mendapat mata sebanyak 1905 jatuhan pin sekali gus mengalahkan 22 pasukan yang mengambil bahagian.

Kelima-lima atlet dalam pasukan juara diwakili Mohd Farid Abd Ghani, Yuza Haiqal Mohd Yunus, Rakiah Dollah, Hairunisak Mohd Runi dan Fairoul Ashmey Pauzan.

JUARA… Para pemain Pasukan B Sektor Pengurusan Maklumat JPNS menjulang piala Pengarah kemenangan.

Sementara itu, naib johan dirangkul oleh Pasukan B Sektor Pengurusan Sekolah diwakili Omar Mahli, Samsol Bahren Abas, Mohd Khalid Bujang, Adenan Abdul Amit dan Jamie Mureng.

Tempat ketiga dimenangi oleh Sektor Pembangunan Murid yang diwakili Zamzaitul Akmal Hisham, Johnny Rasit, Dicken Kilue, Liew Guo Chen dan Beppy Stella Ginm.

Kejohanan tersebut merupakan julung kalinya diadakan Jabatan Pendidikan Sarawak menerusi anjuran anjuran Sektor Pengurusan Maklumat (SICT).

Ia bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga JPNS melalui aktiviti sukan di samping sebagai medium untuk menghilangkan tekanan dalam aktiviti pekerjaan.

Selain itu, pertandingan itu juga diharapkan menjadi pembakar semangat kepada semua warga Jabatan JPNS dalam menjadi penjawat awam yang sihat dari segi fizikal dan mental, fleksibiliti dan berupaya melaksanakan tugas mereka dengan baik serta berkesan.

Terdahulu, program melibatkan seramai 110 orang pemain warga JPNS dan lima pemain jemputan khas termasuk terdiri daripada Mohd Herni dari Bank Islam, Ahmad Haji Uni dari Majlis Guru Besar Sarawak dan Yazid Karim dari Bank Rakyat.

Kejohanan telah melibatkan sebanyak 14 sektor dalam JPNS dan setiap sektor dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan terdiri dari lima orang pemain yang mewakili sektor masing-masing.

Berkaitan