KUCHING: Prestasi industri perkayuan Sarawak bagi tahun 2022 menunjukkan peningkatan nilai eksport sebanyak 2 peratus kepada RM3.95 bilion berbanding RM3.88 bilion pada tahun 2021.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bagi tempoh suku pertama, nilai eksport produk perkayuan menunjukkan penurunan sebanyak 28 peratus kepada RM752 juta berbanding RM1.04 bilion pada tempoh yang sama tahun 2022.
“Penurunan jumlah eksport ini ialah kesan daripada pengurangan import produk utama seperti papan lapis, balak dan papan gentian oleh negara Jepun dan India,” kata beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak dalam ucapan penggulungan di DUN Sarawak di sini hari ini.
“Dalam tempoh tersebut, Jepun masih merupakan pengimport utama bagi produk perkayuan yang menyumbang sebanyak RM377 juta atau 50 peratus daripada keseluruhan nilai eksport Sarawak.
Jelasnya lagi, pasaran utama lain ialah India sebanyak RM99 juta, negara-negara Timur Tengah sebanyak RM80 juta, Taiwan sebanyak RM452 juta dan China sebanyak RM37 juta.