KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengenal pasti beberapa laman Facebook yang menyalah guna nama ketua pegawai eksekutifnya Datuk Muhamad Umar Swift.
“Bursa ingin menegaskan bahawa laman Facebook ini tidak mempunyai kaitan dengan Muhamad Umar mahupun Bursa dan langkahlangkah telah diambil untuk memadamkannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, Bursa Malaysia menggesa orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada dengan penipuan pelaburan dan pancingan data (scam), dan perlu membuat pengesahan terlebih dahulu mana-mana pautan laman sesawang ataupun tawaran untuk menyertai mana-mana skim.
Penipuan terkini yang dikenal pasti disenaraikan di https://bursaacademy. bursamarketplace.com/en/investor-alert (https://bursaacademy.bursamarketplace.com/ en/investor alert). – BERNAMA