KANOWIT: Misteri bungkusan putih berbau busuk yang ditemui terapung di Sungai Pak Jalan dekat sini terjawab semalam, apabila bungkusan tersebut ditarik dan dibuka oleh pihak bomba.
Sebelum itu, penemuan itu dimaklumkan oleh seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai apabila terlihat objek guni putih dalam keadaan mencurigakan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.09 tengah hari, yang memaklumkan penemuan itu.
“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit segera diatur gerak ke lokasi berhampiran Jalan Lukut-Penyalau.
“Pada masa yang sama, Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit kerana dikhuatiri ia mayat manusia.
Setiba di lokasi, pihak bomba menggunakan tangga untuk turun mendapatkan bungkusan guni yang terapung di tebingan sungai itu.
“Namun, setelah dibuka kita dapati terdapat bangkai seekor babi di dalamnya.
Penemuan bangkai itu melegakan penghuni sekolah yang pada awalnya mengesyaki ia mengandungi mayat manusia. –Sarawakvoice