Memang comel! Komunikasi kanak-kanak 4 tahun dengan kijang di zoo

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Seorang pengguna Twitter bernama Ramblings berkongsi video mencuit hati. 

Klip video itu menunjukkan kanak-kanak berusia sekitar 4 tahun ketika melawat zoo, sempat berinteraksi dengan seekor kijang. 

Sebelum menghulurkan makanan tersebut dia menundukkan kepalanya seolah-olah menyapa atau memberi salam kepada haiwan tersebut. 

Selepas mengambil makanan tersebut, si kecil itu sekali lagi menundukkan kepalanya dan seketika kemudian, kijang itu turut menundukkan kepalanya seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada budak perempuan tersebut. 

Berkaitan