Mari Mencuba Sukan Muaythai di Sibu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PRESIDEN PMNS...Haji Jumaat Ibrahim.

KUCHING: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dengan kerjasama Persatuan Muaythai Sibu dan Eagle Muaythai Gym Sibu akan menganjurkan program ‘Mari Mencuba Sukan Muaythai’pada Sabtu (18 Februari) bertempat di Eagle Muaythai Gym Sibu.

Program selama sehari itu akan memperkenalkan sesi teori dan praktikal mencakupi pengenalan, asas tumbukan dan asas sukan Muaythai.

TEMUI WARGA SIBU…Poster program Mari Mencuba Sukan Muaythai Sibu 2023.

 

Presiden PMNS Haji Jumaat Ibrahim menegaskan, program tersebut akan bermula dari pukul 1:00 hingga 4.15 petang.

Beliau turut menyeru peminat sukan Muaythai khususnya di kawasan Sibu untuk turut serta menjayakan program berkenaan.

“Ini peluang peminat sukan Muaythai di kawasan Sibu untuk mempelajari asas sukan terbabit.

“Saya ingin merakam ucaapan terima kasih kepada Persatuan Muaythai Sibu dan Eagle Muaythai Gym Sibu kerana sudi menjalin kerjasama dengan PMNS untuk menganjurkan program Mari Mencuba Sukan Muaythai,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam pada itu, Jumaat turut memberitahu pihaknya akan meneruskan program seumpamanya di bahagian lain untuk mempromosikan sukan Muaythai di seluruh Sarawak.

Sekali gus, merealisasi misi PMNS untuk mencungkul lebih ramai atlet Muaythai bakat yang boleh ketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Berkaitan