KUALA LUMPUR: “Apabila dia cakap kerajaan hari ini diktator, saya rasa mungkin dia cakap pasal diri dia sendiri sebab Mahathir ada ‘that kind of tendency’.
Apabila orang kata dia rasuah, dia pula cakap orang lain yang rasuah,” kata Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil menerusi video siaran langsung di laman Facebooknya.
Beliau merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat diktator kerana menyekat teguran umum.
Jelasnya, disebabkan kekangan teknologi zaman dahulu, maka rakyat tidak mempunyai akses untuk mengetahui perkara sebenar mengenai sesuatu isu.
“Semalam dia cakap kerajaan tidak membenarkan rakyat bersuara dan kritik kerajaan.
Tetapi itu yang dia lakukan dahulu semasa zaman 80-an dan 90-an.
Media zaman dahulu bukan macam sekarang,” kata Isham lagi.
“Dulu zaman Mahathir tiada semua benda ni (media sosial) sebab itu dia boleh bertahan selama 22 tahun.
Kalau dulu ada media sosial, saya rasa Mahathir tidak akan tahan selama itu,” katanya.
Ketika memerintah selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, Mahathir menggunakan instrumen hegemoni kerajaan untuk mencengkam penentang beliau.
Malah, beliau juga menggunakan pelbagai akta untuk mengawal akhbar, terutama Akata Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.