Mahathir: Abdul Hadi tiada kepakaran berpolitik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya berhenti berpolitik dan sebaliknya mengajar ilmu agama yang betul.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan itu, Abdul Hadi dilihat tiada kepakaran dalam bidang politik dan perlu memfokuskan dirinya dalam ajaran agama dengan merujuk kitab al-Quran.

“Dia sepatutnya jadi ustaz, bukan masuk politik, dia ajar di kampung-kampung yang mana dia cukup layak tetapi dalam bidang politik dia tidak tahu apa-apa, jauh sekali dalam bidang pentadbiran, bila dia dapat Terengganu dia tadbir apa jadi pada Terengganu?,” kata bekas Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun itu.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Malaysia, kelmarin.

Sebab itu, ujar  Tun Mahathir, beliau menasihati Abdul Hadi  balik ke sekolah dan ajar agama, tetapi agama yang betul bukan agama mengkafir.

“Mengkafirkan orang Islam adalah satu perkara yang dilarang jadi saya fikir dia patut juga pergi belajar lagi supaya fahaman Islam dia lebih mendalam dan balik sini kalau dia pandai kita beri dia jadi pensyarah di universiti Islam,” katanya lagi.

Abdul Hadi sebelum ini menyindir supaya Tun Mahathir berkhidmat di Klinik 1Malaysia berbanding menyertai pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan Tun  Mahathir sebagai calon perdana menteri jika menang dalam PRU-14 nanti. — Sarawakvoice

Berkaitan