Liwan Lagang sumbang RM35 ribu baik pulih bumbung terbang di Long Busang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BELAGA: Sejumlah RM35,000 disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Liwan Lagang sebagai bantuan awal kepada mangsa tragedi ribut di Rumah Panjang Long Busang dekat sini pada Ahad lalu.

Lagang yang dihubungi sekembalinya dari Long Busang memberitahu, bantuan menggunakan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar itu adalah untuk tujuan membaik pulih atap yang tercabut, selain membaiki kerosakan yang sedia ada.

“Saya difahamkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan juga sedang dalam perjalanan ke sana,” katanya lagi.

Dalam insiden sekitar jam 6.30 petang itu, sembilan pintu rumah panjang itu terbang ditiup angin kencang, hingga menyebabkan kerosakan teruk.

Ia menjejaskan 80 penghuninya, termasuk yang berpuasa hingga terpaksa menumpang di rumah jiran.

Difahamkan, hujan yang turun berterusan turut merosakkan barangan dan perkakas rumah, dan hanya berhenti pada jam 2.00 pagi semalam.

Menurut Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, wakil penduduk memaklumkan mereka memerlukan bekalan zink dan perkakas lain untuk membaiki bumbung yang rosak tersebut.

” Kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Berkaitan