Lima pelajar tahfiz maut, van terbalik dan rempuh rumah di Kuala Krai ketika dalam perjalanan ke Daurah Tafsir Al-Quran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA KRAI: Lima pelajar tahfiz maut apabila van dinaiki mereka terbabas di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu, di sini pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berkata, kemalangan yang dilaporkan berlaku pada jam 9.45 pagi itu turut melibatkan lapan lagi pelajar selain pemandu van.

Bagaimanapun, kesemua mereka hanya mengalami kecederaan.

Mangsa yang maut dilaporkan berusia di antara 15 hingga 17 tahun maut kerana tersepit selain mengalami kecederaan parah.

Sembilan mangsa lain termasuk dua orang ustaz berjaya dikeluarkan dari van oleh orang awam.

“Dua jentera bomba dengan kekuatan 12 anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai dan Machang.

Mereka kemudian berjaya mengeluarkan mayat mangsa, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kuala Krai.

Difahamkan pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Hashimi di Kampung Tualang, Kuala Krai ini sedang menuju ke Madinah Ramadhan Kota Bharu untuk menyertai program Daurah Tafsir Al-Quran sebelum van tersebut terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu.

Maahad itu dimiliki oleh usahawan Datuk Adnan Hashim. – Sarawakvoice

Berkaitan