Lelaki meninggal dunia ketika keluar memburu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri oleh pasukan SAR pada Jumaat petang. – BBP Bintangor.

SARIKEI : Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar memburu ditemui meninggal dunia sekitar satu kilometer dari rumah panjangnya di Ulu Pedanum Pakan, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, Tigoh Entili, 64, ditemui dalam keadaan tidak sedar pada jam 5.00 petang Jumaat.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedar, terbaring di pohon kayu sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayatnya yang masih dalam keadaan sempurna dan lengkap berpakaian kemudiannya diserahkan ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi

Sehari sebelum penemuannya, Tigoh dilaporkan keluar dari rumahnya menuju ke hutan dipercayai untuk pergi memburu.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak kembali ke rumah sebelum laporan kehilangannya dibuat oleh keluarga mangsa.

Susulan penemuan itu, operasi SAR yang diturut dibantu polis dan penduduk kampung ditamatkan pada jam 5.45 petang.

Berkaitan