Lelaki melecur dalam kebakaran rumah dua tingkat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BETONG: Seorang lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal di Rumah Lintang Nanga Kerit, Lubok Antu di sini, awal pagi tadi.

Insiden kira-kira jam 2.45 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia lingkungan 60 an mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan.

Pasukan bomba melakukan pemadaman susulan di lokasi kejadian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 pagi.

“Pasukan bomba mengambil masa untuk ke lokasi kerana kediaman mangsa hanya boleh dilalui dengan sebuah jambatan gantung itu.

Keadaan kediaman mangsa yang terbakar di di Rumah Lintang Nanga Kerit, Lubok Antu.

Setibanya di lokasi, kediaman yang berkeluasan 40 kali 40 itu sudah terbakar 90 peratus.

“Mangsa yang cedera bagaimanapun dikejarkan ke kilinik berdekatan dengan bantan penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, rumah kediaman itu terletak kira-kira 400 meter dari persimpangan jalan utama.

Sebagai tindakan lanjut, bomba melakukan pemadaman susulan sebelum operasi berakhir pada jam 5.40 pagi.

Jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Berkaitan