KUALA LANGAT: Seorang lelaki ditemui maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berdekatan Balai Polis Sungai Jarom, dekat sini, pada jam 11.30 malam kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, mangsa, warga tempatan berusia 39 tahun ditemui anggota sukarelawan polis yang bertugas sentri di kawasan berkenaan.
“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat empat kesan tembakan di bahagian kepala.
“Petugas Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang yang hadir mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian akibat pendarahan di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dipetik BH.