KUCHING: Seorang lelaki tempatan diperintahkan kehadiran wajib selama tiga bulan dengan agregat 4 jam sehari dengan jaminan RM100 tanpa penjamin oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan menunjukkan kemaluannya semasa berada di sebuah tokong, Batu Kawa, 8 Mei lalu( Isnin).
Chang Chee Hiong, bekerja sebagai penternak ikan mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 28 Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1958, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 hari atau denda RM100, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pada 8 Mei lalu, pengadu merupakan pengerusi tokong menerima satu hantar video daripada seseorang mengenai perbuatan tertuduh yang bermain dengan kemaluannya di hadapan tokong berkenaan.
Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh pada hari yang sama.
Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam dengan mengeluarkan kemaluannya sambil memegang dan meraba semasa berdiri di hadapan sebuah tokong di Batu Kawa.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.