Lelaki cedera parah dalam kemalangan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Anggota BBP Bintulu membantu mengeluarkan pemandu van yang tersepit dalam kemalangan dengan lori di Signature Park, Batu 5, awal pagi tadi.

BINTULU: Seorang lelaki cedera parah selepas van yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Signature Park, Batu 5, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.19 pagi.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van tersepit menggunakan peralatan khas.

Mangsa, kemudiannya, diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Manakala, pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Berkaitan