KUCHING : Lampu isyarat persimpangan Jalan Kuching/ Samarahan Expressway, bulatan Setia Raja kini dibuka untuk kegunaan ramai.
Menurut notis pemberitahuan Jabatan Kerja Raya (JKR) bahagian Samarahan, lampu isyarat persimpangan bulatan Setia Raja Tabuan mula beroperasi bermula 23 Mac 2023.
“Pihak JKR bahagian Samarahan akan memaklumkan dari masa ke masa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini,”katanya dalam kenyatan media hari ini.
JKR menasihati pengguna-pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut kerana kerja-kerja menaik taraf masih lagi dalam proses pelaksanaan.
Penggguna jalan raya juga dinasihati agar merancang perjalanan terlebih awal agar tidak berlaku kelewatan.
Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian (082-671076).