Kurangkan kesan berbahaya terhadap alam sekitar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
CENDERAMATA… Dr Sim menyampaikan cenderamata kepada Antonio Ressano Garcia di Majlis Penutupan Bengkel Pembinaan Kapasiti Peringkat Bandaraya Kuching MPP di Hotel Riverside Majestic, Astana Wings di sini hari ini. Photo Ghazali.

KUCHING: Pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAP) di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dapat membantu meminimumkan kesan berbahaya aktiviti manusia terhadap alam sekitar.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata pada masa sama, GCAP juga dapat mengekalkan alam sekitar semula jadi dan sumbernya di kawasan MPP dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Ini kerana kita memerlukan perbandaran yang mempunyai bilangan peningkatan penduduk dan juga Padawan mempunyai banyak sumber dari segi eko-pelancongan…Disebabkan itu GCAP dilaksanakan di Padawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Pembinaan Kapasiti Peringkat Bandaraya Kuching MPP di Hotel Riverside Majestic, Astana Wings di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Dr Sim berkata MPP terletak di pinggir Bandaraya Kuching yang sedang membangun dengan pantas.

Katanya, ia mempunyai purata kadar pertumbuhan hartanah sebanyak 3.85 peratus atau purata peningkatan sebanyak 2,253 hartanah bagi tempoh 2018 hingga 2022.

“Sebanyak 91 peratus daripada hartanah di MPP adalah hartanah kediaman dengan kadar pertumbuhan yang pesat, MPP menghadapi pelbagai cabaran alam sekitar seperti kerosakan infrastruktur, pengurusan sisa dan banjir,” katanya.

Berkaitan